Tuesday, January 4, 2011

Dia Bukan Untuk Ku..!

Ini kisah cinta aku dan si dia.. Pada mulanya aku mengharapkan hubungan aku dan si dia berkekalan.. Tapi di akhiri dengan perpisahan.. Aku tahu mungkin aku ini tidak sempurna seperti lelaki lain di luar sana.. Tapi kalau dia tidak boleh menerima aku, kenapa dari awal² dia tidak menolak cinta aku..? Buat apa dia nak bersama lelaki cacat ini.. Kalau dari awal² dia tolak cinta aku tak lah sangat hati aku sakit..! Apa salah aku terhadapnya..  Selama enam bulan aku bersamanya di situ aku baru merasakan kebahagian.. Tapi sayang kebahagian itu hanya sementara sahaja.. selepas enam bulan si dia meminta aku untuk melepaskannya.. Sebelum aku melepaskannya aku bertanya kepadannya sebab apa dia ingin memutuskan hubungan yang telah kami bina.. "Awak, kenapa awak ingin putuskan hubungan yang telah kita bina selama ini?".. Soalan aku kepadanya.. Jawapan dari si dia "Awak, maafkan saya.. Saya mintak putus sebab nak tumpukan pada pelajaran saya.. Stpm pon dah dekat jadi saya nak tumpuan.. Insyaallah lepas saya habis stpm kita akan bersatu semula..".. Dengan hati terbuka aku melepaskannya demi masa depannya.. Sebab dia dah memberi harapan kepada ku untuk bersamanya semula setelah habis stpm.. aku berkorban untuknya walaupun hati aku ini amat pedih.. Hari demi hari aku memberikan sokongan kepadanya untuk cemerlang dalam peperiksaan stpm.. Selama setahun lebih aku menunggunya stpm pon dah habis.. Si dia pon telah mendapat  keputusan yang cemerlang.. Aku sangat gembira dan bangga apabila dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.. Si dia telah melangkahkan kakinya kealam universiti.. Dan aku terus menanti untuk bersamanya.. Sehinggakan suatu hari aku mendapat tahu si dia telah bersama dengan orang lain.. Hati ku luluh dan lemah longlai rasanya bagaikan tidak bernyawa.. Tapi aku tidak pernah akan benci dan salahkan dia apa yang berlaku dalam hubungan kami.. Mungkin dia nak yang terbaik untuk dirinya.. Ada hikmah apa yang berlaku.. Aku hanya doakan agar si dia bahagia dengan pilihan hatinya.. Dia bukan untuk ku.Aku pasrah!! :(


Hanya tinggal kenangan..!

3 comments:

  1. sabar weh . pasti ade yang lagi terbaik dalam hubungan ni . kau kene sabar ! kuat

    ReplyDelete
  2. yela mija.. aku cuba bersabar dan berdoa agar allah berikan kekuatan.. cuba dan terus mencuba.. btol ckp kaw 2.. mungkin ade lagi yang terbaik..!!

    ReplyDelete
  3. awak nie baeknye..sedih lak sy bce cte awk=(

    ReplyDelete