Monday, January 3, 2011

Ku Terpikir!

Hari berganti hari, aku masih menbayangkan tentang diri ku ini, yang tidak sempurna di mate orang. "si getar" itu la name yang kawan² aku berikan pada ku, aku ada sejenis penyakit, seakan² pangkingson, tetapi dlm keadaan diam, aku kelihatan normal, hanya waktu aku membuat sesuatu pekara itu saja aku mengeletar,mengeletar pada tangan sahaja bukan pada anggota² badan ku yang lain. Makin hari aku sering fikirkan masa depan aku, aku ingin menjadi manusia normal seperti kawan² aku yang lain, tetapi sudah takdirnya pada diri aku menjadi sebegini rupa. Aku terima dengan penuh kesyukuran. Hanya pada parents aku saja lah tempat untuk aku berkongsi cerita dan mengadu masalah aku. Hanya dia saja yang faham hidup ku ini. Kadang kala aku merasakan, adakah perempuan yang sanggup terima aku dengan keadaan macam ni??? Hanya Allah saja yang tahu ape yang terbaik untuk hamba²nyer. Setiap mahluk di dunia ini berpasang²an.... 

Satu hari, di mana aku hendak pergi ke kedai gunting rambut. Kelihatan begitu ramai orang di dalam kedai itu, Aku yang sambil menunggu giliran aku, aku lepak di luar kedai. Sambil² tu aku melihat gelagat manusia di luar sane. Bermacam² karenah yang aku lihat. Tetiba-tiba, aku melihat sekeluarga yang sedang berjalan hendak pergi kedai berhampiran di situ. Ayah, mak dan seorang anak kecil perempuan dan serang bayi lelaki yang di dukungi emak nyer. Kadang² aku terfikir, Andai aku mempunyai keluarga, mempunyai anak...mampukan aku menjaga mereka itu?? mambuat susu,salin pampers, memakaikan baju untuk mereka, menguruskan hal² persekolahan mereka nanti ("sedangkan aku tidak boleh menulis") dan lain² lagi di dalam kehidupan yang berkeluarga. Dengan keadaan aku macam nie.... Aku terdiam dan runtuh rasenyer hati ku ini apabila memikirkannyer. Hanya ayah,mak dan kawan² saja yang terus memberi galakan dan sokongan di dalam kehidupan ku ini..

No comments:

Post a Comment