Saturday, January 29, 2011

kenapa saya cintakan awak?


Untuk seseorang yang mula aku menyayangi dirinya..! Kehadirnya membawa seribu makna dalam hidup aku..! :)

Friday, January 28, 2011

Wanita Selama Ini Ku Impiankan..! :)


Insan Teristimewa..!


Assalamualaikum tawan², tawan² inilah wajah wanita yang telah berjaya mencuri hati saya..! Wajahnya ayu serta hatinya yang ikhlas berkawan dengan aku, membuatkan aku telah jatuh hati padanya..! Dia sering merendah diri pada aku.. Membuatkan aku lagi jatuh hati padanya.. Susah nak cari wanita macam ni pada zaman sekarang..! Entah lah.. Dia ni, tak seperti gurl² yang aku kenal sebelum ni..! Kowang nak tahu tak, apa yang buat aku tertarik padanya?? Dia ni suka membebel macam MAK NENEK..! hehe :) itu lah yang buat aku tertarik padanya..! "Awak, kalau awak baca nanti.. Jangan marah erk, Saya cakap awak MAK NENEK.. huhu :P" Sebab aku ni suka dengar bebelan.. haha :) Ibu aku pown kuat membebel..! Nanti leh lah join the club..! haha.. Biasanya orang banyak cakap ni hatinya baik, memang dia cakap banyak tapi tak simpan dalam hati..! Tak macam orang pendiam ni, dia memang tak banyak cakap tapi suka simpan dalam hati..! Itu yang bahayanya..! Aku tak kutuk orang pendiam tapi pada hakikatnya macam tu..! Kalau lah aku dapat memiliki cinta dan hatinya aku akan jaga dengan rapi supaya dia tak terluka..! Tawan², kalau lah dia baca blog aku ni, malunya aku..! huhu :) Aku ni dah macam syok sendiri..! hehe.. Bertepuk sebelah tangan aku ni..! Hmm.. Misalnya si dia baca blog aku ni.. Aku nak katakan..! "Awak, Saya nak minta maaf kalau cara saya ni agak berlebihan..! Saya karang ni, apa yang saya rasa jauh di lubuk hati saya..! Saya tak kan sia²kan kepercayaan yang telah awak berikan pada saya..! Saya hargai awak sudi berkawan dengan saya, walaupun awak tahu bagaimana keadaan saya..! Bagi saya awak tak macam kawan gurl² saya yang lain, awak adalah kawan istimewa yang hadir dalam hidup saya..! Trimas kasih awak.." Sebelum aku terlupa tawan², aku nak letak gambar ni aku minta izin dulu tau..! Tak main lah curi² letak..! Kalau dia tak izinkan aku tak letak lah kat blog aku..! Sebab dosa tau kita amik tanpa izin tuannya..! Ok lah tawan², sampai jew gomelan aku.. huhu :) Aku minta maaf, kalau ayat aku tu tonggang langang..! hahaha :)

Duniawi..??

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Cinta..??

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah...

Thursday, January 27, 2011

Bila Kita Sayangkan Seseorang


Kowang tengok lah video ni..! Video ni adalah kena mengena dengan kisah cinta aku dulu..! Kita sanggup abaikan perasaan sendiri demi untuk orang kita cintai..! Dan berharap sangat yang dia jodoh akhir sekali dia tinggal kan kita..! Aku dah lalui ini semua..! Video pengajaran untuk korang..! hayati lah..!

Aku Bersyukur Padamu Ya Allah..!

Hai tawan².. Apa khabar semua?! Malam ini ada benda aku nak cerita dekat kowang.. Hari aku rasa gembira sangat..! nak tahu kenapa?! Kowang masih ingat tak wanita yang telah curi hati aku itu..! Hari ini dia telah bukakan pintu hatinya untuk bagi number phonenya kepada aku.. Sebelum ni aku ada minta number phone dia tapi dia tak bagi.. Dia cakap kami baru kenal, dia tak berani bagi number phone lagi.. Dia nak kenal aku betol² dulu..! "Sowie awak.. Kita leh chat kat facebook dulu kan, nanti dah betol² kenal saya bagi.." dia berkata macam itu.. Silap aku jugak terlalu awal minta number phone dia.. Baru 2 3 hari kenal dah nak minta number phone.. Apa kejadahnya kan..! HUHU :) Tapi ada sesetengah gurl tu senang jew nak dapat number phone, pada hal baru kenal sehari kat facebook.. Ni kawan² cerita la kat aku.. Wanita ini, lain sikit dia tak macam gurl² kat luar sana.. Itulah istimewanya dia.. Aku akan terus mengenali dirinya lebih dalam lagi.. Aku bersyukur pada allah yang telah bukakan pintu hatinya..! Sehinggakan aku selepas solat isyak malam ini aku doa kesyukuran pada allah yang pertemukan aku dan dia walaupun sebagai kawan..! Aku tak kan sia siakan kepercayaan yang telah dia pada aku..! Aku hargai dia hadir dalam hidup aku..! Allah itu maha mengetahui isi hati hamba²nya lagi maha adil..! Kita sebagai hambanya hanya bersujud dan bermohon padanya..! Paham tawan²..! HEHE :)

Tuesday, January 25, 2011

Dari pandangan pertama terus turun ke hati..!!



Beberapa hari ini, aku terasa gembira sangat dan segala kekusutan yang ada dalam pikiran aku semuanya hilang..! Tak tahu lah kenapa?! Sejak aku kenal seorang yang bernama wanita, hidup aku bagaikan sempurna.. Tapi itu hanya sementara jew kowt..! :( Aku jew ni yang lebih lebih layan perasaan.. Tapi jujur aku cakap wanita itu tersangat baik..! Dah lah baik, caring, manja, suka buat aku tersenyum dan memiliki wajah yang sedap di pandang.. Bila aku melihat wajahnya, membuatkan aku terasa tenang "sejuk hati lah katakan.. huhu.." :P Cinta pandang pertama kowt.. hehehe :) Aku ni dah lah susah nak layan pompuan, sebab aku ni dah fobia dengan pompuan,. Maklum lah dah banyak kali kecewa.. Tapi dengan dia aku tak tahu lah kenapa aku beriya iya nak kenal dengan dia, nak tahu hati budi dia..! Seperti ada yang istimewa pada diri dia..! Seolah olah dia dah buka kan pintu hati aku..! Entah lah mungkin ini hanya perasaan aku jew kowt..! Padahal dia tak ada apa apa perasaan pown.. Cuma biasa biasa jew.. Aku tahu siapa diri aku.. "Sedar diri tu sikit muhammad ridhwan..! Engkau tak layak untuk ada apa apa perasaan pada dia..!" Entah entah dia pandang aku sebelah mata jew.. hahaha :) Biar lah Allah yang tentukan segala galanya.. Aku hanya mampu meminta dan berdoa pada mu Ya Allah..! Kalau dia jodoh aku tak kemana pown..! So tak perlu risau.. Tapi kalau lah aku dapat memilikinya, aku tak akan sia siakan hidupnya dan aku akan jaga dia sepanjang hayat aku..! Berikan sepenuh kasih sayang padanya..! :)) "wanita tersebut telah mencuri hatiku" MEDAL KELAS PERTAMA.. :))

Monday, January 24, 2011

Pertunjuk Allah..!

malam ini, yang sungguh sayu.. aku di berikan pertunjuk oleh Allah.. itu maknanya Allah masih sayang kan hambanya ini.. selepas aku tengok drama "IQRA" di blogspot.. yang penuh pengajaran tentang dunia dan akhirat.. aku pown baring di atas tilam tempat aku tidur.. dan sambil termenung.. aku berfikirkan tentang diri aku.. kenapa aku di lahirkan dengan keadaan macam ini.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.. aku ta boleh lawan takdir.. aku ta sepatutnya salahkan takdir.. aku patut bersyukur apa yang telah Allah berikan pada aku.. aku sering pikir tentang kejayaan dan untuk mencapai kebahagian.. Allah suruh hambanya berusaha untuk mendapatkan sesuatu.. aku ta sepatutnya berputus asa.. aku kena kuat untuk tempuhi hari² yang mendatang.. aku ta boleh terus macam ini.. aku di beri pertunjuk oleh Allah begini.. setelah aku berfikir tentang itu semua, tetiba lantas di pikiran ku.. aku sering fikirkan, kalau la aku ada awek nanti macam mana aku nak berdepan dengan family dia, pastu family dia ajak aku makan bersama.. dengan keadaan aku macam ini.. contohnya aku dah la nak makan dan pegang gelas pown susah nanti jatuh.. tengok Allah itu tahu isi hati hambanya. "pertunjuknya, apa susah kalau aku nak makan suruh awek aku sediakan" "sudu" untuk makan dan "straw" untuk minum.. tapi nak cari awek macam ini memang susah kan yang terima kita apa adanya.. hmm.. mungkin suatu hari nanti akan jumpa owang betol² ikhlas hatinya time aku.. INSYAALLAH.. Allah itu maha adil.. aku diberikan pentunjuk ini sehingga menitiskan air mata..

Saturday, January 22, 2011

Doakan Yang Baik² Untuk Orang Lagi Baik Daripada Mendoakan Keburukan..

Korang pernah putus cinta ta?! mesti penah kan?! kalau dah putus tu kan kite ta habis² doakan kehancuran untuk dia.. contohnye "mudah²an kau dengan BF/GF baru ko tu ta bahagia dan ta berkekal lame" betul ta?! tapi ta semua orang mcm tu.. macam aku, aku ta doakan cam tu.. bagi aku itu dah takdir dia pada kite.. aku pernah tanya kat kawan aku,"kamarul salah ke kalau aku doakan ex aku kembali kat aku balik?!" dia jawab kenape nak doakan camtu?!.. seolah² kite doakan kehancuran hidup baru dia dengan pasangan baru dia.. kalau betul² kite sayang dan ikhlas menyintai dia.. better kite doakan kebaikan dia, doakan dia bahagia dan berkekalan la dia sampai ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat dia dengan pasangan baru dia tu.. walaupun kite sakit dan sedih apabila tengok dia dengan pasangan baru dia tu.. tapi kite harus doakan kebaikkan dia.. sebab kalau kite betul² ikhlas menyintai dia.. doakan la kebaikan untuk dia.. jangan sesekali doakan keburukan hidup dia.. insya'allah kite akan bertemu dengan orang yang sesuai untuk kiter.. lagi better daripada sebelum nye.. "aku hamba mu yang lemah ya allah, yang sentiase terleka dengan nafsu, kadang kala marah, doakan keburukan orang.. bagi la aku kekuatan untuk tabahi hidup di dunia kau ini, mudah²an kebaikkan aku doakan untuk orang² di luar sane".. belajar untuk always think positif ianye maha adil AMIN (^-^)

sleeq _untuk dia


Aku yang patut, yang patut…
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu…
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia.. 9x
Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia ingin ke Shangri La

Bertemu di Facebook
Berapa hari kemudian
Mungkin aku comel kot
Ajak ku jumpanya di Indo
Ya, Indo…
Oh lupa bilang gadis ni Indo

Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut…
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu…
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia.. 9x
Jangan takut jangan kau segan…
(kau lelaki jangan lupa)
Pasti iri hati lihat mereka berpimpin tangan
(pasti geram)

Dia segalanya dengan segalanya yang diinginkannya
Jangan putus asa tapi jangan jahat pula
Kalau ingin putuskan hubungan mereka
Lupakan sudah sekarang juga

Takkan pula ku buat begitu
Dia tak buta dan aku tak begitu
Dia baik hati, lakinya yang sombong
Kalau niatku jahat, buat apa ku minta tolong kan

Sekarang situasinya semakin hangat
Semakin hebat, ini yang ku suka bangat
Rela ku menunggu walaupun berapa minggu
Ataupun tahun atau bilapun terpaksa menahan rindu
Kerna kutahu, kerna kupercaya bahawa

Aku yang patut, yang patut…
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu…
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia.. 9x
Dia yang patut, oh yang patut
Memberimu segala
Kerna dia mampu, oh dia mampu
Melakukan apa saja

Untuk kamu 8x

Impian Aku Memiliki Kereta..!



Target - Target Untuk Masa Depan Aku..!


Permulaan untuk aku memiliki sesebuah kereta..!
Nie kereta bila dah ada kerje tetap..!
Untuk permulaan hidup..


Saga FL
Bila ada duit simpanan yang kukuh, aku nak beli kereta seperti kat bawah nie..!
Nak memiliki kereta nie mesti kena ada ekonomi yang kukuh..
Aku berazam agar suatu hari nanti aku akan memilikinya..!


BMW 6 Series (dua pintu)
Bila dah berumah tangga aku akan tambah lagi satu kereta wat kereta "family car".. hehe..!
Kereta ini aku akan bagi kat isteri aku pakai..
MPV kowt.. sayang bini la kata kan..! huhu..!

Toyota Velfire (seven seater)

Thursday, January 20, 2011

CINTA PERLU PENGORBANAN

"if u luv sombody let them go, if there return, they were always yours. if they dont, they never were."

Sedap ayat tu kan.. aku sering mengkaji cinta.. banyak yang boleh aku dapati dalam mengkaji cinta.. cinta kepada allah, cinta kepada parents, cinta kepada kekasih/suami/isteri.. semuanye same iaitu cinta.. tapi yang kite cintai itu jew yang laen.. tapi yang pasti kalau kite kenal/tahu sebenar²nye cinta.. kite boleh faham maksud ketiga² ayat aku tadi.. ia boleh juga di gelar sebagai sifat² cinta, setiap cinta² tu ade sifat² yang harus kite kenal, baru la kite akan rase nikmat cinta sebenar²nya cinta.. andai kate kite mengetahui sifat² tersebut, make kenal la kite ape yang di katekan cinta.. kawan aku ade cakap cinta ader tiga jenis.. iaitu cinta setan, cinta jin, cinta illahi.. itu boleh di gune pakai juga, tapi yang aku paham dan aku kaji adelah berbeza.. sebelum kite hendak mengenali atau fahami cinta terhadap kekasih/suami/isteri kite mesti fahami cinta kepada parents, tapi sebelum kite hendak fahami terhadap parents.. kite mesti la fahami cinta terhadap allah.. baru la cinta terhadap kekasih/suami/isteri itu tadi sempurna insya'allah.. so nanti aku explainkan sifat² dia k, so topik aku bukan nak citer tentang maksud cinta.. tapi tentang cinta, cinta perlukan pengorbanan.. mcm ayat kat atas tu.. kalau kite cintakan seseowang itu biarkan dia pergi, kalau ia kembali kat kite balik tandanye kite punya.. kalau x, dia bukan milik kite.. so kalau kite dengan dia dah lame bersame kite dan hati dia berubah.. biarkan dia pergi, jangan biar kan dia menderita, biarkan la dia gembira, berkorban la.. mendoakan kebaikannye kan lagi baik dari mendoakan keburukan dia.. kadang² mesti kite rindu kat dia kan, teringin pulak nk tanye khabar dia, tapi yang pasti dia pasti bahagia dgn pasangan baru dia, so jangan la ganggu dia.. biarkan dia gembira dengan idupanye.... ^_^

Al Kisah

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Lima perkara aneh.

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. 

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Wajah mayat berubah menjadi himar.

"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja." 

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali? 

"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?" 

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?" 

"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.""

Wednesday, January 19, 2011

Monday, January 17, 2011

Erti Kehidupan


Sepuluh hari yang membuatku puas… Banyak pelajaran yang aku dapatkan di kala kesepuluh hariku pulang ke kampung halaman tersebut. Bertukar pikiran dengan Bapakku tercinta, menghasilkan banyak sekali pelajaran baru buatku.
Salah satunya adalah tentang sebuah erti kehidupan menurut Quran. Bahwa hidup adalah sebuah tempat “kepura-puraan” atau “sandiwara”, “saling menyombongkan diri” dan “penipuan”. Eits, tunggu dulu. Ini penjabarannya:
  1. Kepura-puraan maksudnya adalah bahawa hidup ini sebenarnya adalah kosong, tidak ada ertinya bagi kita semua. Kita mencari harta dan menumpuknya sebanyak-banyaknya adalah sejatinya kosong. Kita mencari gelar dan jabatan setinggi-tingginya adalah sebenarnya kosong. Kita bernapas pun sebenarnya adalah kosong. Jadi, sebetulnya semuanya adalah kosong, kecuali Yang Maha Agung yang mempunyai kuasa bagi seluruh alam, tak terkecuali manusia.
  2. Saling menyombongkan diri maksudnya kita hidup hanya dikejar oleh rasa ingin membanggakan diri sendiri. Punya sesuatu yang sedikit pun apabila dirasakan baik baginya cenderung ingin ditunjukkan kepada orang lain. Rasa kebanggaan terhadap diri sendiri (dan juga bisa membanggakan orang lain atau harta benda yang dimiliki) itu tidak dapat dipungkiri melekat pada diri semua manusia tanpa terkecuali.
  3. Penipuan. Yang dimaksud penipuan di sini adalah, bahwa nikmat yang dirasakan di dunia adalah sebenarnya bukan nikmat yang langgeng, hanya nikmat semu dan sesaat. Namun itu dirasakan nikmat dan cenderung dengan senang hati dilakukan oleh manusia. Sedangkan nikmat yang sebenarnya adalah nikmat akhirat, yang di dunia adalah dirasakan bukan sebagai nikmat oleh manusia melainkan sebagai sebuah beban atau tuntutan. Sehingga, manusia cenderung untuk meninggalkannya.
Kehidupan di dunia ini hanyalah dapat dirasakan bukan sebagai ketiga hal di atas oleh orang yang benar-benar tidak memikirkan ketiga hal yang di atas, melainkan menyandarkan kesemuanya kepada Yang Esa. Sedangkan untuk bisa melakukan itu, manusia harusnya mempunyai dua kunci hidup, yakni SABAR dan SYUKUR (Sesuai dengan konsepku peribadi, namun sekarang aku tambahi satu lagi jadi 3S: SADAR, SABAR, dan SYUKUR).

Sunday, January 16, 2011

Drama Korea Kesukaan Saya!!





Dibintangi: 

Go Soo sebagai Lee Jerome 
Lee Dae Hae sebagai Angela Chou 
Kim Seo Hyeong sebagai Cha Gina 
Lee Jung Hyeok sebagai Edward Jung 

Sinopsis: 

Sebuah "Green Rose" adalah singkatan dari cinta abadi. Sebuah cinta yang muncul hanya di syurga. Drama ini adalah tentang seorang lelaki bernama Jerome Lee yang telah dituduh melakukan pembunuhan yang tidak dilakukannya. Dia berjalan melalui situasi menjelang kematian di mana ia melepaskan diri daripada yang dipenjarakan dan pergi ke China. Namun, meninggalkan Korea meninggalkan bekas luka yang sangat besar dalam hatinya kerana dia meninggalkan wanita yang dicintainya, Angela. 

Ketika ia kembali ke Korea, ia tertumpu pada satu hal? yang balas dendam. Dia bersumpah untuk membalas dendam kepada mereka yang menjebaknya untuk pembunuhan. Sasarannya adalah Edward Jung, yang ada di balik semua hal menyedihkan yang telah terjadi padanya?? 

Cari tahu bagaimana Jerome Lee melakukan balas dendam nya dengan menonton drama ini dan anda juga dapat melihat banyak kenangan saat-saat bersama oleh pelakon dan pelakon memimpin memimpin. 

Review: 

Go Soo benar-benar melakukan pekerjaan besar menggambarkan karakternya. Dia benar-benar layak untuk menjadi "Baek Sang" pemenang kerana bertindak meyakinkan nya. Dia menjadi kuat dan berani dalam menghadapi semua cobaan yang datang untuk hidupnya. Saya suka cara dia berfikir dari Angela. Adegan di mana dia mengetahui bahawa ibunya sudah mati dan ia menangis lebih keras dan mengetuk kepalanya di dinding benar-benar mengejutkan. Dia benar-benar seorang pelakon yang baik walaupun ia hanya rising star. 

Lee Dae Hae juga baik dalam lakonannya. Tangisnya adegan di mana dia belajar bahawa Jerome sudah mati dan pergi ke jambatan untuk mencari dia adalah orang yang sangat baik. Dia benar-benar mencintai Jerome bahkan setelah bertahun-tahun yang telah lewat dan ia percaya bahwa ia masih hidup. Aku menemuinya di siri ini sangat indah, tidak seperti di Sweet 18. Wajah malaikat-nya benar-benar cocok peranannya. 

Kim Seo Hyeong yang menyedihkan dalam karakternya. Dia mencintai Edward meskipun ia cuba membunuhnya. Saya fikir dia? S gila?, Tapi saya menyedari bahawa cintanya pada Edward adalah satu murni. Dia meninggal dunia pada akhirnya ketika ia cuba untuk melindungi Jerome dari Edward. 

Lee Jung Hyeok sesuai peranan juga. Saya percaya pengilang membuat pilihan yang tepat untuk pelakon ini kerana dia tidak tampan dan dia tidak pernah punya peluang untuk bersaing dengan tokoh utama. prestasi yang sangat baik-Nya, terutama tindakan yang jahat, membuat saya membenci karakternya. 

Secara keseluruhan, saya sangat mengesyorkan drama ini untuk semua orang.

Green Rose

Jujur..!

aku ada kenal seorang gadis yang sebaya dengan aku "namanya dirahsiakan.. HAHA.. aku dah kenal dia lebih kurang 2 tahun.. kami berkenalan di myspace.. masa itu myspace lah paling top.. ramai budak² remaja tergila²kan main myspace untuk berchating.. HUHU.. sekarang ini facebook lah paling top..! disini aku nak kongsi dengan kowang.. aku telah jatuh hati pada gadis tersebut.. dia seorang gadis yang selama ini aku idamkan.. masa permulaan kami kenal si gadis tersebut dah ada teman istimewa.. manakala aku pown sudah ada teman istimewa.. kalau aku ada masalah ke apa aku sering bercerita padanya.. boleh dikatakan dia penasihat aku lah.. HEHE.. setelah aku dan ex aku berpisah dan dia dengan bf dia ada masalah, aku dengan dia semakin rapat.. aku berpisah dengan ex aku bukan lah disebabkan dia.. tapi ex aku yang mintak putus..! sebab ex aku tidak leh terima yang aku cacat..! nak buat macam manakan kalau itu yang ex aku mahukan.. akhir² ini hubungan dia pula dengan bf dia semakin goyah.. aku sering memberikan kata² semangat untuk dia pertahankan hubungan dia dengan bf dia.. kadang² tu aku geram jugak bila dia citer kat aku bf dia yang tidak pedulikannya.. tapi apa hak aku nak marahkan bf dia.. aku penah bagitahu kat dia yang aku suka kat dia.. tapi dia cakap dia sayangkan bf dia.. sebab dia dah kenal bf dia dari bangku sekolah lagi.. kowang tengok betapa setianya dia kat bf dia.. aku terima keputusan dia dengan hati yang terbuka.. kalau lah dia nak main²kan perasaan aku dah lama dia terima aku dan kemudianya dia tinggalkan aku.. tapi dia seowang yang jujur dan baik.. kalau lah aku dapat memilikinya aku akan jaga dan memberikan kasih sayang aku terhadapnya.. berikan kebahagian agar hatinya tidak kosong.. tapi ini semua tidak mungkin terjadi.. (^-^) aku anggap dia sebagai kawan baik..!

Thursday, January 13, 2011

Waktu..!

Alkisah, di suatu pulau kecil tinggallah berbagai benda abstrak ada CINTA, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kakinya.
Tak lama CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu, “Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!,” teriak CINTA “Aduh! Maaf, CINTA!,” kata kekayaan “Aku tak dapat membawamu serta nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini.” Lalu kekayaan cepat-cepat pergi mengayuh perahunya. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya kegembiraan lewat dengan perahunya. “Kegembiraan! Tolong aku!,” teriak CINTA. Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
Tak lama lewatlah kecantikan “Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!,” teriak CINTA “Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu pergi. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini,” sahut kecantikan. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itulah lewat kesedihan “Oh kesedihan, bawalah aku bersamamu!,” kata CINTA. “Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..,” kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa.
Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya. CINTA segera bertanya pada penduduk pulau itu. “Yang tadi adalah WAKTU,” kata penduduk itu “Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-temanku yang mengenalku pun enggan menolong” tanya CINTA heran “Sebab……HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU”

Tuesday, January 11, 2011

Dambaan Hati Ku

Assalamualaikum .


hai semua, kowang apa khabar erk?? HAHA.. aku harap kowang semua sehad² belaka yea..!! aku ini tak lah pandai sangat nak bercerita atau menulis sebuah cerita aku main bantai jew nie.. baru nak belajar² create blog nie.. maklum lah blog nie aku rase boleh jadi tempat aku luahkan perasan aku yang tersirat dan tersurat dalam hati aku nie..!! kalau kowang rasa blog aku nie bosan dan jiwang sangat aku minta maaf erk..!! HUHU.. aku tahu, blog aku tak secantik blog kowang.. tak sehebat blog kowang.. tak seramai follower kowang.. tapi aku gembira aku ada blog sendiri..!! kalau kowang nk follow, follow la.. tak mahu pown takpe, aku tak kesah.. HAHA.. janji kowang tak kacau hidup aku sudah lah.. wee~

okay lah, cukup lah aku berceloteh panjang lebar, kowang dengarkan lagu yang ada kat blog aku nie.. Dambaan Cinta.. aku nie suke lagu slow², lagu yang terpeket terlolong aku tak layan.. ish, siyes aku sakit telingga dengar macam tu.. HEHE.. kadang² tu kawan² aku cakap aku nie jiwang sangat.. suka wat² ayat sedih.. aku wat apa yang aku rasa kan dalam diri aku.. aku tak nak lah jadi hipokrit.. biar lah owang nak cakap apa² pown.. aku tak kesah pown.. mulut tempayan boleh di tutup, mulut manusia susah nak di tutup.. so aku chill jew..


berbalik kepada lagu tadi.. aku mengarut apa² tah kat atas tu.. HAHA.. lagu Dambaan Cinta tu lirik dia ada kena mengena dengan kisah cinta aku.. HUHU.. aku tunggu seowang gadis yang sangat aku cintai.. tapi apa kan daya hatinya tak  terbuka untuk aku.. pilu rasa hati aku bila memikirkannya.. kenapa susah sangat hati dia nak buka untuk aku.. tapi tak apa aku akan terus berusaha menambat hati dia.. mungkin suatu hari nanti hatinya untuk aku.. insyaallah.. :)

Saturday, January 8, 2011

Sekadar Renungan!!

Sahabatku,

Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Sahabatku yang ku kenali,

Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…

Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…

Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…

“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Sahabatku yang ku kasihi,

Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…

Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui,

Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

Sahabatku,

Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7

Sahabatku yang ku kasihi,

Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…

Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…

Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku,

Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…

Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…

Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…