Wednesday, February 2, 2011

Apa Yang Aku Rasakan..!

Aku baru lepas tengok drama lagenda budak setan the series episod akhir.. Aku memang minat gila drama ni.. Aku tak pernah lah tinggal tengok drama ni, sentiasa mengikuti episod-episodnya..! Cerita ini banyak mengajar aku tentang liku-liku percintaan.. Percintaan di alam sekolah, di alam universiti dan juga di alam rumahtangga.. Di sini aku mengambarkan situasi aku bila di alam rumahtangga.. Sebab alam sekolah dan alam universiti aku dah melepasinya..! Tapi semuanya gagal diatas sebab kekurangan yang ada pada diri aku..! Setiap wanita mesti nak yang sempurna untuk bakal suami mereka dan boleh memberikan kebahagian..! Macam aku ini, aku rasa tidak dapat membahagiakan calon isteri aku nanti.. Memang lah aku boleh beri kasih sayang, kemewahan dan cinta..! Tapi misal katanya isteri aku mengandung, aku mesti kena jaga dia elok-elok.. Contohnya aku kena jaga makan minum dia, sedangkan aku ini tidak boleh lakukan itu semua.. Kekurangan pada tangan aku tidak normal hendak melakukannya..! Macam mana lah aku nak bancuhkan susu ibu mengandung untuk isteri aku yang sarat mengandung seperti mana kasyah lakukan untuk ayu..! Dan melakukan kerja-kerja dapur aku tidak boleh melakukannya.. Aku hanya boleh melakukan kerja-kerja mengemas dan membasuh..! Mesti isteri aku akan rasa kecewa nanti sebab aku ni tak macam suami orang lain yang dapat memberi kebahagiaan.. Boleh di katakan serba serbi boleh la..! Aku ni hanya boleh lakukan beberapa perkara sahaja..! Sampai satu tahap aku berfikir aku tak nak kahwin sebab tiada wanita yang sanggup terima keadaan aku macam ni..! Ibu aku cakap kat aku "abang long perkahwinan itu adalah sunah nabi, ibu nak anak-anak ibu semua mencapai kebahagian" aku pula berkata pada ibu ku "ibu abang long dan fedup dengan ni semua.. kalau ada jodoh abang long, adalah.. kalau tak ada biar lah orang hidup membujang sampai ke tua.." Sedangkan impian aku adalah berjaya dan mencapai kebahagian serta berkeluarga..! Aku hanya mampu berdoa dan berserah pada allah..! :(

No comments:

Post a Comment