Friday, February 18, 2011

Anak Angkat

Sungguhpun bukan daripada zuriat sendiri, berkat keikhlasan dan naluri kemanusiaan, si bujang ini sanggup berkorban masa bebasnya bersama teman demi menjaga anak kecil yang diambilnya. Bagi masyarakat Barat trend memelihara anak angkat sudah menjadi perkara biasa terutama
buat golongan yang memilih untuk tidak berkahwin. Namun di Malaysia, fenomena sebegini dianggap masih baru dan pernah hangat diperkatakan kerana kurang sesuai untuk dilakukan terutama oleh masyarakat Islam.

Namun isu memelihara anak angkat ketika masih bujang mendapat pelbagai pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Isu minggu ini ingin mengupas tentang perkara ini dari pelbagai sudut. Ikuti tinjauan dari MW.

Tidak sesuai dengan fitrah kehidupan

Menurut Haji Hushim Salleh, Perunding motivasi dan kaunseling keluarga semakin ramai golongan bujang memelihara anak angkat malah seakan menjadi trend di kalangan mereka. Katanya amalan ini mungkin berlaku sebagai jalan penyelesaian untuk mereka yang tidak mahu mendirikan rumah tangga. Mungkin atas sebab tidak sanggup melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam alam berumah tangga.

“Jadi dengan cara mengambil anak angkat, ia sebagai jalan keluar untuk memiliki anak walau pun bukan dari darah daging mereka sendiri. Kalau di barat amalan sebegini mungkin sudah menjadi perkara biasa tetapi tidak dalam masyarakat kita. “Dari segi fitrahnya ia kurang sesuai kerana sepatutnya dalam sesebuah keluarga, perlu ada seorang ibu dan seorang bapa.

Jika pasangan kelamin yang tidak mempunyai zuriat mengambil anak angkat tidak menjadi masalah tetapi masalah akan timbul bila golongan bujang yang memelihara anak angkat. Terutama permasalahan dari segi emosi dan juga psikologi apabila anak-anak angkat yang dipelihara itu meningkat dewasa.

“Memang kalau diikutkan tidak salah jika orang bujang memelihara anak angkat asalkan mereka berkemampuan dan bersedia memikul tanggungjawab. Apa yang dibimbangkan ialah apabila anak-anak ini meningkat remaja dan sudah akil baligh, akan berlaku pelbagai konflik termasuk konflik dari segi personality diri. “Dari segi aurat juga perlu diambil kira kerana anak angkat tidak seperti anak sendiri. Ada batas aurat dan pergaulan perlu dijaga. Maka sebab itulah amat penting didikan agama diberikan secukupnya kepada anakanak ini bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak diingini.”

Jangan bezakan kasih sayang

Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe, Kaunselor berdaftar/pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya pula secara amnya tidak salah golongan bujang memelihara anak angkat jika sudah bersedia untuk memberi komitmen kepada anak-anak angkat yang dipelihara. “Sebagai keluarga angkat adalah wajar untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak angkat ini seperti anak sendiri walau pun hakikatnya mereka masih belum mendirikan rumah tangga.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa memelihara anak angkat tidak sama dengan memelihara anak sendiri iaitu dari segi kasih sayang memandangkan mereka tidak melalui sendiri proses mengandung dan melahirkan anak itu. “Satu lagi perkara ialah, golongan bujang ini juga perlu sedar tentang pandangan masyarakat kerana tindakan ini dianggap kurang sesuai apabila seseorang yang belum berkahwin memelihara anak angkat. Keadaan ini sudah pasti meninggalkan kesan dari segi psikologi ke atas ibu atau bapa angkat serta kepada anak angkat itu sendiri.

“Nasihat saya kepada golongan bujang yang telah mengambil anak angkat, layanilah anak-anak ini dengan baik dan berikan kasih sayang yang secukupnya dan jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka akan hidup berkeluarga serta memiliki zuriat sendiri, janganlah dibeza-bezakan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat tersebut.

“Kepada mereka yang baru berhajat hendak mengambil anak angkat pula, jika niat anda ikhlas dan anda benar-benar bersedia, tidak ada salahnya anda memelihara anak angkat asalkan melalui saluran yang betul.”

Tuesday, February 15, 2011

Ku ingin kau tahu!!!

Ku ingin kau tahu bahawa selama bercinta dan menaruh perasaan terhadap mu ku sering dan bayangkan sayang mu dan ku seperti bintang yang tidak terkira di angkasa dan ku sering melihat bulan dan membayangkan wajah mu.. Dirimu dan diriku umpama awan yang kadang cerah bila kita gembira dan mula mendung bila kita muram atau masam muka.. Namun disebalik awan itu tersembunyinya matahari yang bersinar umpama cinta dan kasih sayang kita dan bila kita mula sedih dan menangis mula lah hujan turun dan kemudian terbitlah pelangi yang umpama memori kita yang penuh warna warni.. Tapi pelangi itu juga umpama jabatan yang menghubungkan awan.. Jadi ku berharap sangat pelangi akan muncul menyatukan kita buat selama-selamanya.. FOR YOU SYGS..! I WILL LOVE YOU..! Miss ZY ^-^

Akim - Inilah Cinta

Wednesday, February 9, 2011

Awak Kena Paham..!

Awak kena faham.. Sebab apa?? Awak kena faham.. Kenapa saya cemburu tengok awak bahagia bila dengan orang.. Sebab saya sayangkan awak.. Saya tak nak hati awak berubah terhadap saya.. Cemburukan tandanya sayang?? Awak kena faham.. Kenapa kadang-kadang saya merajuk.. Sebab saya nak kan perhatian dari awak.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu call atau mesej kat awak.. Sebab masa tuh saya rindukan awak.. awak jew yang tak rindukan saya.. Mungkin awak rimas dengan sikap saya.. Tapi saya lakukan untuk awak jugak.. Awak kena paham.. Kenapa kadang-kadang saya marah awak.. Sebab saya nak yang terbaik untuk awak.. Saya tak nak awak tersilap langkah dan kemudian menyesal.. Kalau boleh saya nak terbaik untuk awak, biarlah saya yang bersusah payah.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu buat pengorbanan untuk awak walaupun hati saya yang terluka.. Sebab saya nak hidup selamanya dengan awak.. Tapi saya tahu semua ini tak akan berlaku.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan dari awak.. Sebab awak kan tulang belakang saya?? Awak kena paham.. Sebab apa saya selalu ucapkan terima kasih dekat awak.. Sebab saya nak awak tahu yang saya menghargai apa yang awak buat untuk saya.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu balas mesej awak lambat.. Sebab saya tak macam lelaki yang normal.. Tapi saya sedaya upaya balas mesej awak secepat mungkin.. Sebab tak nak buat awak tertunggu-tunggu.. Awak kena paham.. Kenapa saya suka sangat mengadu dengan awak.. Sebab awak lah segalanya untuk saya.. Saya nak awak jew yang tahu.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu rahsiakan sesuatu dari awak.. Sebab saya tak nak awak susah hati.. Awak kena paham.. Kenapa saya pergi tanpa memberitahu awak.. Sebab mungkin bukan jodoh kita.. Awak pun selalu cakap pada saya kalau jodoh tak kemana..

Tuesday, February 8, 2011

Dambaan Seorang Lelaki..!

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!


Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
  • Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.
Suka dimanja
  • Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!
Jangan bersolek tebal
  • Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!
Sentiasa menghormatinya
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.
Jangan terlalu kebudak-budakan
  • Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!
Agresif
  • Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif
Bukan materialistik 
  • Make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!
Jangan ganas
  • Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

Ciri-ciri wanita yang baik untuk di jadikan isteri

Inilah ciri-ciri wanita yang baik untuk dijadikan pasangan hidup bagi seorang lelaki..


1. Taat beragama
2. Dari Lingkungan yang baik
3. Perawan
4. Penyabar
5. Memikat hati
6. Amanah
7. Tidak bersolek bila keluar rumah
8. Kufu’ dalam beragama
9. Tidak materialistis
10. Senang menyambung ikatan kerabat
11. Pandai menyimpan rahasia
12. Subur
13. Tabah menderita
14. Bukan pencemburu buta
15. Perangai dan kata-katanya menyenangkan
16. Mudah di lamar
17. Besar cintanya
18. Patuh dan taat
19. Besar kasih sayang nya kepada anak kecil
20. Sopan santun
21. Hormat orang tua

BUAT YANG JATUH CINTA ATAU PUTUS CINTA

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,” Saya air mata seorang lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang wanita yang menyesal membiarkan seorang lelaki yang mencintai saya berlalu begitu sahaja. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi.. Jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan kau kira Cinta datang dari keakraban yang lama dan kerana pendekatan yang tekun, Cinta adalah akar kecocokan jiwa. Dan jika itu tidak pernah ada, Cinta tidak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan milenia….” Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahawa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Monday, February 7, 2011

Luahan Hati..!

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta


Pertama kali ku bertemu denganmu
Sendunya hatiku melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu


Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu


Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti


Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih


Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu


Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti


Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Kristal - Luahan Hati (MTV) Dis '10.



Lagu ni khas untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup aku..! Lagu ni banyak maksudnya..! Tapi aku rasa apa yang aku impikan tidak mungkin menjadi kenyataan.. Aku dan dia memang jauh beza..! Dia sepatutnya boleh berjumpa lelaki yang lebih sempurna dari aku.. Semakin hari aku menjadi seorang yang lemah..! Kenapa harus aku jadi macam ni..! mungkin aku sering bermain dengan perasaan sendiri.. redha jew la.. Memang nasib aku macam ni..!

Aku Kena Sedar Diri..!

Assalamualaikum tawan², apa khabar semua?? Dah lama kot aku tak update blog aku.. Busy sikit la sekarang ni.. Biasa la cuti tahun baru cina kan.. Tawan² rapat aku semua balik bercuti, tu yang asik keluar jew.. Pegi danau kota la, pegi kuala kubu bharu la, melawat tawan kitaorang dan lepak kolam air panas.. Dan paling kelakar tawan aku sowang ni, dia leh pulak tinggalkan kunci dalam kete masa kat kolam air panas.. Dah kete tak boleh bukak, tapi nasib baik ada seowang pakcik ni tolong bukak pintu kete tawan aku tu.. Kalau tak tidur la kitaorang kat kolam air panas tu..! HUHU.. Tu lah sampaikan tak ada masa nak update blog aku ni.. HUHU.. Tapi apa² pun aku enjoy dapat lepak dengan tawan² aku..! Kini mereka semua telah menjalan tugas masing²..! Aku jew masih di rumah, tidak kerja² lagi..! Dan di sini aku ingin menceritakan pada kowang semua yang aku telah berjumpa dengan wanita istimewa yang selama ini aku ceritakan pada kowang..! Pada 5 february 2011 jam 3.30 petang bertempat di selayang mall.. Sehari selepas hari kelahiran aku yang ke 21..! Selepas aku mengambil si dia di selayang mall aku terus membawanya ke taman metrpolitan kepong.. Taman tu ada lah tempat owang main layang².. Semasa aku berjumpa dengan si dia, adik aku dan awek dia ikut sekali..! HEHE.. Paling yang aku tak sangka si dia telah buat satu kejutan untuk aku.. Si dia telah belikan kek untuk menyambut hari lahir aku dan memberikan aku hadiah..! Aku rasa terharu sangat masa tu..! Sebelum ini tak ada mana wanita² yang sambut hari lahir aku..! Aku hargai sangat apa yang dia buat untuk aku..! Aku rasa bahagia sangat masa tu..! Tapi aku takut bahagia itu hanya sekejap sahaja hadir hidup aku..! Dia terlalu baik dan cantik sangat..! Sedangkan aku ini comot jew.. Paling gembira si dia telah menyuapkan kek kepada aku.. So sweet..! Aku di layan seperti budak kecik.. Perasaan malu itu ada pada diri aku..! Tapi aku tahu si dia paham keadaan aku macam mana..! Selepas aku berjumpa dengan si dia aku sering terpikir mungkin aku tak layak untuk dia..! Dia terlalu sempurna bagi aku, semua dia ada.. Sedangkan aku ni tak sempurna..! Dia lebih layak untuk lelaki yang lebih sempurna dari aku.. Jujur aku cakap aku memang sayangkan dia..! Tapi aku kena sedar siapa diri aku..! Sayang memang mudah dicipta, tapi payah untuk dihapuskan dalam hati kita..! :(

Wednesday, February 2, 2011

Apa Yang Aku Rasakan..!

Aku baru lepas tengok drama lagenda budak setan the series episod akhir.. Aku memang minat gila drama ni.. Aku tak pernah lah tinggal tengok drama ni, sentiasa mengikuti episod-episodnya..! Cerita ini banyak mengajar aku tentang liku-liku percintaan.. Percintaan di alam sekolah, di alam universiti dan juga di alam rumahtangga.. Di sini aku mengambarkan situasi aku bila di alam rumahtangga.. Sebab alam sekolah dan alam universiti aku dah melepasinya..! Tapi semuanya gagal diatas sebab kekurangan yang ada pada diri aku..! Setiap wanita mesti nak yang sempurna untuk bakal suami mereka dan boleh memberikan kebahagian..! Macam aku ini, aku rasa tidak dapat membahagiakan calon isteri aku nanti.. Memang lah aku boleh beri kasih sayang, kemewahan dan cinta..! Tapi misal katanya isteri aku mengandung, aku mesti kena jaga dia elok-elok.. Contohnya aku kena jaga makan minum dia, sedangkan aku ini tidak boleh lakukan itu semua.. Kekurangan pada tangan aku tidak normal hendak melakukannya..! Macam mana lah aku nak bancuhkan susu ibu mengandung untuk isteri aku yang sarat mengandung seperti mana kasyah lakukan untuk ayu..! Dan melakukan kerja-kerja dapur aku tidak boleh melakukannya.. Aku hanya boleh melakukan kerja-kerja mengemas dan membasuh..! Mesti isteri aku akan rasa kecewa nanti sebab aku ni tak macam suami orang lain yang dapat memberi kebahagiaan.. Boleh di katakan serba serbi boleh la..! Aku ni hanya boleh lakukan beberapa perkara sahaja..! Sampai satu tahap aku berfikir aku tak nak kahwin sebab tiada wanita yang sanggup terima keadaan aku macam ni..! Ibu aku cakap kat aku "abang long perkahwinan itu adalah sunah nabi, ibu nak anak-anak ibu semua mencapai kebahagian" aku pula berkata pada ibu ku "ibu abang long dan fedup dengan ni semua.. kalau ada jodoh abang long, adalah.. kalau tak ada biar lah orang hidup membujang sampai ke tua.." Sedangkan impian aku adalah berjaya dan mencapai kebahagian serta berkeluarga..! Aku hanya mampu berdoa dan berserah pada allah..! :(