Tuesday, May 31, 2011

Kisah Cinta Dan Pengorbanan Seorang Lelaki Terhadap Kekasihnya!

CINTA.. macam-macam makna bagi individu.. benda subjektif katakan.. tapi cinta memang perlukan pengorbanan tambah lagi bila mula nak kenal hati budi seseorang.. ada cerita pasangan dimana dari dulu asyik lelaki ni je yang mengalah dalam perhubungan mereka.. laki tu dah banyak kali sabar walaupun awek dia curang terhadapnya.. dia tetap maafkan dan cuba bagi peluang sebab bagi dia hidup sekali dan jodoh bukan kita tentukan walaupun kita pisah dan kita takkan lagi jumpa orang yang sama macam yang kita selalu sayang walaupun dalam dunia ada muka seiras dengannya tetapi hati budi tetap tidaka akan sama seperti insan yang kita cinta itu.. kisah dia menyayat hati apabila perempuan itu menduakan cinta laki itu dan apabila dia dapat tahu dia pagi jumpa dengan bf baru awek dia.. lupa aku nak bagi tahu nama dowang ni.. nama lelaki tu daniel manakala pompuan pula liyana.. bila sampai daniel kena kepung lebih kurang 10 orang bermotor dan terus memukul dia dan dia bergaduh sampai kereta kawan daniel cermin pecah dan daniel lebam dan sampai ke balai.. tapi atas semua  itu dan kerugian dalam 600 ratus dan lebam tapi satu sen pun daniel tidak minta dari liyana sedangkan punca pergaduhan ini atas kecurang liyana.. daniel sendiri bayar dan dia boleh lagi memaafkan awek dia.. sebab dia kalau boleh taknak hancurkan hubungan yang sudah 4 tahin terbina.. sebab dia rasa mungkin selama ini liyana masih tidak reti menghargai cinta yang daniel bagi dari dulu.. kemudian perkara ini sampai kepada parents liyana dan parents liyana minta maaf dan bagi balasan setimpal kat liyana.. daniel tidak meminta sesen pun sebab dia tahu awek dia bukan orang kaya dan awek dia curang sebab untuk ada transport pergi balik kerja, yela orang susah bas mana ada sampai malam-malam.. sedangkan tu alasan tapi daniel terima supaya sedapkan hati dia..

liyana seminggu kemudian terus ikut dia pergi cyber cafe dan daniel boleh tolong lagi isikan kemasukan universiti untuk masa depan awek dia macam tidak ada apa-apa yang berlaku.. betapa sayangnya daniel terhadap liyana.. tapi sejak hari liyana masuk universiti daniel mengharapkan yang terbaik untuk liyana dan liyana takkan ulang lagi benda yang sama walaupun daniel tidak berapa yakin dengan liyana tapi dia kena caya sebab itu lah gurl yang dia pilih dari dulu dan gurl itu yang dia sayang.. bagi peluang supaya dia belajar dari kesalahan.. daniel dah banyak korban untuk liyana tapi daniel cakap selagi mampu dia sanggup setia asal liyana happy.. dan kalau nak curang lagi cakap saja jangan tikam belakang lagi kerana daniel rela lepaskan alau itu piihan liyana.. dan sejak kejadian tu liyana menyesal dan menangis dan merayu jangan tinggalkaan dia dia baru sedar betapa liyana sayang kat daniel sedangkan daniel dari dulu dah cakap dan ingatkan jangan salah menilai antara kaca dan permata.. dan baru nak menyesal tapi daniel taknak lah jadi dayus asyik memaafkan jadi daniel pun bagi la hukuman dengan sakitkan hati liyana bila call jew cakap happy tiba-tiba nak putus supaya gurl tu nangis dan menyesal dan daniel bukan nak putus tapi bagi sakit kan hati dan jiwa lagi pedih dari lakukan melalui perbuatan bak kata orang lidah adalah paling tajam dalam dunia..

sejak liyana masuk universiti life liyana dah banyak berubah dan daniel jumpa parents liyana dan parents liyana happy sangat sebab anak diaorang dapat masuk universiti dan diaorang hargai pengorbanan yang daniel buatkan untuk liyana.. dan diaorang mulakan life baru dengan harapan kekal.. semoga daniel dan liyana kekal ke jinjang pelamin supaya daniel rasakan pengorbanan dia dibalas sampai ke anak cucu.. haha.. dan semoga liyana berubah dan jadi insan yang lebih baik, pandai menilai kaca dan permata supaya kalau diaorang tak ada jodoh pun liyana akan jadi lebih baik untuk orang lain..

Saturday, May 28, 2011

BAJU CINTA NENEK

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

Thursday, May 19, 2011

Sinopsis Drama Nora Elena


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Saturday, May 14, 2011

:(

hai semua.. aku rasa dah lama tak update blog aku ini.. maklumlah sibuk mencari kerja dan di samping itu buat kerja separuh masa dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.. di sebabkan kesibukkan sampai tak ada masa untuk update blog kesayangan aku ini.. dalam beberapa bulan ini banyak perkara yang berlaku pada diri aku ini.. kowang nak tahu tak pada zaman serba modan ini memang susah untuk mendapat perkerjaan yang tetap.. nak-nak "Orang Kelainan Upaya" macam aku ini.. kebanyakkan aku pergi temuduga dowang seperti tidak ada keyakinan untuk mengambil aku berkerja dengan syarikat dowang.. aku tahu sebab apa dowang tak nak ambik aku berkerja sebab takut aku ini tidak boleh melakukan tugas yang dowang berikan pada aku nanti.. dowang tak ambik aku kerja lagi dah buat andaian sendiri.. tak cuba ambik aku lagi macam mana aku nak tunjukkan kebolehan aku kan.. lain lah kalau dowang dah ambik aku kerja, pastu aku tak boleh buat apa yang telah di tugaskan pada aku tu, aku tak leh buat.. baru buat andaian tentang diri aku ini.. tapi takpe lah, aku tetap akan berusaha untuk berjaya dan buktikan pada semua owang aku pun boleh berjaya serupa macam owang lain.. aku tak leh lemah nanti owang akan tindas aku.. biar owang nak buat andaian tentang kekurangan diri aku, yang penting dowang tak usik aku dah lah.. huhu..