Wednesday, July 18, 2012

Kisah Dongeng Remaja ^-^

      Seringkali masa zaman kita kanak-kanak kita selalu tengok cerita kartun kisah cinderella, seorang putera berkawin dengan gadis biasa, atau sebaliknya. tapi jarang sekali kita dengar puteri mencari seorang jejaka orang biasa. tapi ini kisah benar yang melibatkan seorang sahabat aku yang sudah mempunyai kekasih hati selama 4 tahun tetapi apabila berjumpa dan berkenalan dengan seorang puteri dari kerabat diraja melalui ym (yahoo messenger).

Dia mula rasa suka terhadap puteri itu, tapi pada masa yang sama juga dia sayang sangat pada kekasihnya. bagi semua lelaki-lelaki di luar sana mungkin gembira apabila dilamar oleh seorang puteri untuk berkahwin tapi tidak bagi dia. dia seolah dibelenggu untuk memilih antara cinta dan duit mana lebih berharga bagi dirinya. umpama memilih emas dengan permata. dari segi duit memanglah kalau dia berkahwin dengan puteri tu, dia akan memiliki duit yang selama ini dia idamkan tapi dia terpaksa mengorbankan sebuah cinta yang dia bina dan jaga selama 4 tahun. duit yang dia miliki bila berkahwin memang takkan habis sampai akhir hayat dia, tapi adakah cinta juga yang dia memilih untuk membahagiakan dia sampai akhir hayat.

Setelah dia bertanya kepada kekasihnya mana lagi penting antara cinta dan duit kekasihnya menjawab duit lagi penting tapi dia tidak menyalahkan kekasih dia kerana dia tahu kehidupan kekasihnya itu yang menyebabkan dia lebih memilih duit,harta lagi penting. sedangkan kekasihnya tidak tahu jikalau duit menjadi pilihan kekasihnya itu, si dia sangup berkahwin dengan puteri itu dan memberi duit yang dia dapat kepada kekasihnya itu. umpama mengorbankan diri asalkan kekasihnya bahagia walaupun dia jugalah yang meruntuhkan cinta yang dibina tapi dia jugalah yang ingin menebusnya.

Dia menyukai puteri tersebut kerana keserasian dan keakraban mereka semakin erat semakin hari berlalu. dia sebenarnya tidak memandang harta ataupun wang ringgit puteri tersebut kerana dia menyukai puteri itu atas dasar kejujuran dan paling utama sikap keras kepala dia dan ego membuatkan dia rasa dia tercabar dan ingin mengubah puteri tersebut tapi pada masa yang sama juga dia juga rasa puteri tu seorang yang kelakar kerana suka memanggil dia benggali roti, masam, busuk dan macam-macam lagi. haha. dia juga selalu dimarahi oleh sebab soalan yang ditanya sampaikan dia dipanggil benggong, dol, semua ayat panggilan tu membuat dia rasa kelakar dan semakin seronok dan suka terhadap puteri itu.

Tapi dia juga tidak mengharapkan puteri itu menerima dia kerana dia sedar dia hanyalah orang biasa. sedangkan puteri itu tahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang harta malah masih melanjutkan pelajaran. tapi puteri tersebut telah melamar dia untuk menjadi suami kerana yakin dengan keikhlasan dirinya terhadap puteri itu. seolah-olah puteri tersebut beria-ia ingin menjadikan si dia calon suami.

Apabila ditanya oleh lelaki itu kepada puteri mengapa dia memilih orang biasa untuk dijadikan suami sedangkan puteri boleh memilih putera raja dan puteri itu menjawab bahawa ada juga kerabat yang lain berkahwin dengan orang biasa atas dasar suka, cinta, dan serasi bersama. tapi puteri tersebut pula bertanya soalan kepada lelaki tersebut jikalau sudah berkahwin dia tidak lagi boleh hidup seperti biasa dan akan banyak menghabiskan masa dirumah adakah dia sanggup. akhir sekali si dia menjawab boleh dan sanggup tapi cerita ini masih belum tamat disini.

Kerana si dia masih lagi dibelenggu dengan cinta dan duit manakah lagi penting. sedangkan dia juga menyukai puteri terebut tapi masih ragu-ragu kerana dia sudah memiliki kekasih hati. 

Bagi korang mana kah patut dia pilih.? :)

Wednesday, April 18, 2012

Nukilan buat kawan ku.

hai semua. aku rasa, aku dah lama tak update blog aku ini kan. mesti kowang tertanya2 mana aku menghilangkan. sowie lah aku busy skunk sampaikan tak ada masa nak update blog. aku cuma aktif pada twitter dan facebook sahaja. kowang mesti nak tahu kan kehidupan aku macam skunk kan. alhamdullilah so far so good la. :) aku masih seperti dulu lagi. single lagi. haha. dan aku akan terus berusaha mencari teman hidup sepanjang hayat aku. tapi walau macam manapun aku tetap skunk nie. sebab ada kawan aku sowang nie. cukup lah die sowang ada dalam hidup skunk nie. dia lah yang selalu buat aku tersenyum. aku rasa selesa bersamanya walaupun kami tak pernah bersua muka. aku rasa kawan baik aku nie pernah aku ceritakan dulu. hehe. kami seringkali juga lah berselisih faham tapi alhamdullih lah dapat di atasinya. aku rasa kami saling memerlukan satu sama lain. kalau bergaduh tu memang lah susah nak pujuk dia. dia selalu berikan aku semangat dan juga selalu memahami aku. dia tak seperti perempuan2 aku kenal sebelum nie. tapi apa2 pun aku memang sayangkan dia jauh di lubuk hati aku nie. tape la walaupun terpaksa makan hati kan. itu yang aku pilih kena lah redha. mana tahu suatu hari nanti dia bukakan pintu hati dia untuk aku. tapi tak berharap pun. aku kena sedar. sapa aku nie. huhu. yang aku nak dia bahagia. itu dah cukup bagi aku. aku akan jadi kawan untuk dia buat selama2nya.