Monday, January 26, 2015

My New Header.!!


Thanx you Puan Bafti Hera.. Tolong design kan header.. 

New Header for my first entry in 2015.!! :)




Thursday, April 4, 2013

Takdir Itu Sungguh Indah...!



Assalammualaikum....."takdir itu sungguh indah" itu laa topik aku hari ini,sebagai manusia kita tidak boleh lari pada takdir tetapi kita boleh menentukan takdir kite. Hari ini ramai orang yang menyalahkan takdir, sebenarnyer mereka sendiri yang melakukan kesilapan itu sendiri. Anggap la kite sedang berlayar di lautan luas,angin itu ibarat takdir,dah kain layar itu sebagai pengubah haluan kite,di dalam lautan luas kite memang tidak boleh menghalang dan lari pada angin tetapi kite boleh tentukan layar kite kemana sahaja kite pergi, bayangkan la kalau kite berlayar tanpa adanya angin,adakah kite akan sampai tempat yang hendak kite tuju??ya memang kite boleh sampai andai kate kite ada pengayuh untuk mengayuh perahu itu,tapi adakah kiter larat?? begitu la takdir,tanpa adanya takdir,adakah kite belajar sesuatu dalam hidup?? tanpa ada ujiannya pada kite adakah kiter mampu membezakan sesuatu pekara??adakah kite sedar kesilapan kite??adakah kite belajar sesuatu?? sama sekali tidak. Kerana takdir yang ALLAH S.W.T berikan pada kite,itu la ilmu,itu la pengajaran,itu la kemanisan,itu la kepahitan dan itu la kenikmatan. Ujian yang dia berikan pada kite itu adalah untuk menguji sekuat manerkah kite mengharumi hidup ini,adakah kite ini jenis yang mudah putus asa??adakah kite ini jenis yang tidak pernah bersyukur? Tanya la pada diri kamu sendiri,kerana ALLAH S.W.T menciptakan kite dengan sifat yang sungguh sempurna malahan dia mengizinkan kite menentukan hala tuju hidup kite,tidakkah kite sedar??Ambil la para nabi dan rasul sebagai referent kehidupan,kerana itu la sebaik-baik rujukan yang kite patuh contohi dan ikut. DIA menciptakan Alquran dan para nabi dan rasul adalah untuk hamba-hambanye, untuk memberi ilmu dan kenikmatan hidup,betapa sayangnya DIA pada kite, dia sediakan bumi untuk kite berteduh,dia berikan kite ibu bapa untuk menjaga kite sewaktu kecil,sesudah dewasa dia berikan pasangan hidup dan cahaya mata untuk penyeri dalam kehidupan harian kita, adakah kite nampak semua itu?? tanya la pada diri kamu sendiri kerana "takdir itu sungguh indah"

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Dongeng Remaja ^-^

      Seringkali masa zaman kita kanak-kanak kita selalu tengok cerita kartun kisah cinderella, seorang putera berkawin dengan gadis biasa, atau sebaliknya. tapi jarang sekali kita dengar puteri mencari seorang jejaka orang biasa. tapi ini kisah benar yang melibatkan seorang sahabat aku yang sudah mempunyai kekasih hati selama 4 tahun tetapi apabila berjumpa dan berkenalan dengan seorang puteri dari kerabat diraja melalui ym (yahoo messenger).

Dia mula rasa suka terhadap puteri itu, tapi pada masa yang sama juga dia sayang sangat pada kekasihnya. bagi semua lelaki-lelaki di luar sana mungkin gembira apabila dilamar oleh seorang puteri untuk berkahwin tapi tidak bagi dia. dia seolah dibelenggu untuk memilih antara cinta dan duit mana lebih berharga bagi dirinya. umpama memilih emas dengan permata. dari segi duit memanglah kalau dia berkahwin dengan puteri tu, dia akan memiliki duit yang selama ini dia idamkan tapi dia terpaksa mengorbankan sebuah cinta yang dia bina dan jaga selama 4 tahun. duit yang dia miliki bila berkahwin memang takkan habis sampai akhir hayat dia, tapi adakah cinta juga yang dia memilih untuk membahagiakan dia sampai akhir hayat.

Setelah dia bertanya kepada kekasihnya mana lagi penting antara cinta dan duit kekasihnya menjawab duit lagi penting tapi dia tidak menyalahkan kekasih dia kerana dia tahu kehidupan kekasihnya itu yang menyebabkan dia lebih memilih duit,harta lagi penting. sedangkan kekasihnya tidak tahu jikalau duit menjadi pilihan kekasihnya itu, si dia sangup berkahwin dengan puteri itu dan memberi duit yang dia dapat kepada kekasihnya itu. umpama mengorbankan diri asalkan kekasihnya bahagia walaupun dia jugalah yang meruntuhkan cinta yang dibina tapi dia jugalah yang ingin menebusnya.

Dia menyukai puteri tersebut kerana keserasian dan keakraban mereka semakin erat semakin hari berlalu. dia sebenarnya tidak memandang harta ataupun wang ringgit puteri tersebut kerana dia menyukai puteri itu atas dasar kejujuran dan paling utama sikap keras kepala dia dan ego membuatkan dia rasa dia tercabar dan ingin mengubah puteri tersebut tapi pada masa yang sama juga dia juga rasa puteri tu seorang yang kelakar kerana suka memanggil dia benggali roti, masam, busuk dan macam-macam lagi. haha. dia juga selalu dimarahi oleh sebab soalan yang ditanya sampaikan dia dipanggil benggong, dol, semua ayat panggilan tu membuat dia rasa kelakar dan semakin seronok dan suka terhadap puteri itu.

Tapi dia juga tidak mengharapkan puteri itu menerima dia kerana dia sedar dia hanyalah orang biasa. sedangkan puteri itu tahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang harta malah masih melanjutkan pelajaran. tapi puteri tersebut telah melamar dia untuk menjadi suami kerana yakin dengan keikhlasan dirinya terhadap puteri itu. seolah-olah puteri tersebut beria-ia ingin menjadikan si dia calon suami.

Apabila ditanya oleh lelaki itu kepada puteri mengapa dia memilih orang biasa untuk dijadikan suami sedangkan puteri boleh memilih putera raja dan puteri itu menjawab bahawa ada juga kerabat yang lain berkahwin dengan orang biasa atas dasar suka, cinta, dan serasi bersama. tapi puteri tersebut pula bertanya soalan kepada lelaki tersebut jikalau sudah berkahwin dia tidak lagi boleh hidup seperti biasa dan akan banyak menghabiskan masa dirumah adakah dia sanggup. akhir sekali si dia menjawab boleh dan sanggup tapi cerita ini masih belum tamat disini.

Kerana si dia masih lagi dibelenggu dengan cinta dan duit manakah lagi penting. sedangkan dia juga menyukai puteri terebut tapi masih ragu-ragu kerana dia sudah memiliki kekasih hati. 

Bagi korang mana kah patut dia pilih.? :)

Wednesday, April 18, 2012

Nukilan buat kawan ku.

hai semua. aku rasa, aku dah lama tak update blog aku ini kan. mesti kowang tertanya2 mana aku menghilangkan. sowie lah aku busy skunk sampaikan tak ada masa nak update blog. aku cuma aktif pada twitter dan facebook sahaja. kowang mesti nak tahu kan kehidupan aku macam skunk kan. alhamdullilah so far so good la. :) aku masih seperti dulu lagi. single lagi. haha. dan aku akan terus berusaha mencari teman hidup sepanjang hayat aku. tapi walau macam manapun aku tetap skunk nie. sebab ada kawan aku sowang nie. cukup lah die sowang ada dalam hidup skunk nie. dia lah yang selalu buat aku tersenyum. aku rasa selesa bersamanya walaupun kami tak pernah bersua muka. aku rasa kawan baik aku nie pernah aku ceritakan dulu. hehe. kami seringkali juga lah berselisih faham tapi alhamdullih lah dapat di atasinya. aku rasa kami saling memerlukan satu sama lain. kalau bergaduh tu memang lah susah nak pujuk dia. dia selalu berikan aku semangat dan juga selalu memahami aku. dia tak seperti perempuan2 aku kenal sebelum nie. tapi apa2 pun aku memang sayangkan dia jauh di lubuk hati aku nie. tape la walaupun terpaksa makan hati kan. itu yang aku pilih kena lah redha. mana tahu suatu hari nanti dia bukakan pintu hati dia untuk aku. tapi tak berharap pun. aku kena sedar. sapa aku nie. huhu. yang aku nak dia bahagia. itu dah cukup bagi aku. aku akan jadi kawan untuk dia buat selama2nya.

Thursday, June 2, 2011

Susu Kambing

PENGENALAN HI-GOAT

HR_LOGO

“Peluang ISTIMEWA bersama HR Marketing menjana pendapatan secara online dan offline bersama syarikat milik penuh BUMIPUTRA yang mempunyai kilang bertaraf GMP sejak dari tahun 1998 dan merupakan peneraju dalam penghasilan produk berasaskan Susu Kambing serta komited dalam pengeluaran produk yang SUCI, BERSIH dan HALAL”

TAHUKAH ANDA?

Susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Susu kambing bersifat alkali sangat sesuai bagi mengelak permasalahan “penyakit” di dalam sistem penghadaman/usus.Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

PRODUK UTAMA HRposterhigoat2

KELEBIHAN SUSU KAMBING

  • Paling hampir dengan susu ibu(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila…).
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
  • Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” seperti:
  • Penyakit deman kuning.
  • Penyakit lemah jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
  • Penyakit batuk kering atau TB.
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
  • Sesuai diminum diwaktu pagi(sebelum bersarapan) dan malam(sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja).

Tuesday, May 31, 2011

Kisah Cinta Dan Pengorbanan Seorang Lelaki Terhadap Kekasihnya!

CINTA.. macam-macam makna bagi individu.. benda subjektif katakan.. tapi cinta memang perlukan pengorbanan tambah lagi bila mula nak kenal hati budi seseorang.. ada cerita pasangan dimana dari dulu asyik lelaki ni je yang mengalah dalam perhubungan mereka.. laki tu dah banyak kali sabar walaupun awek dia curang terhadapnya.. dia tetap maafkan dan cuba bagi peluang sebab bagi dia hidup sekali dan jodoh bukan kita tentukan walaupun kita pisah dan kita takkan lagi jumpa orang yang sama macam yang kita selalu sayang walaupun dalam dunia ada muka seiras dengannya tetapi hati budi tetap tidaka akan sama seperti insan yang kita cinta itu.. kisah dia menyayat hati apabila perempuan itu menduakan cinta laki itu dan apabila dia dapat tahu dia pagi jumpa dengan bf baru awek dia.. lupa aku nak bagi tahu nama dowang ni.. nama lelaki tu daniel manakala pompuan pula liyana.. bila sampai daniel kena kepung lebih kurang 10 orang bermotor dan terus memukul dia dan dia bergaduh sampai kereta kawan daniel cermin pecah dan daniel lebam dan sampai ke balai.. tapi atas semua  itu dan kerugian dalam 600 ratus dan lebam tapi satu sen pun daniel tidak minta dari liyana sedangkan punca pergaduhan ini atas kecurang liyana.. daniel sendiri bayar dan dia boleh lagi memaafkan awek dia.. sebab dia kalau boleh taknak hancurkan hubungan yang sudah 4 tahin terbina.. sebab dia rasa mungkin selama ini liyana masih tidak reti menghargai cinta yang daniel bagi dari dulu.. kemudian perkara ini sampai kepada parents liyana dan parents liyana minta maaf dan bagi balasan setimpal kat liyana.. daniel tidak meminta sesen pun sebab dia tahu awek dia bukan orang kaya dan awek dia curang sebab untuk ada transport pergi balik kerja, yela orang susah bas mana ada sampai malam-malam.. sedangkan tu alasan tapi daniel terima supaya sedapkan hati dia..

liyana seminggu kemudian terus ikut dia pergi cyber cafe dan daniel boleh tolong lagi isikan kemasukan universiti untuk masa depan awek dia macam tidak ada apa-apa yang berlaku.. betapa sayangnya daniel terhadap liyana.. tapi sejak hari liyana masuk universiti daniel mengharapkan yang terbaik untuk liyana dan liyana takkan ulang lagi benda yang sama walaupun daniel tidak berapa yakin dengan liyana tapi dia kena caya sebab itu lah gurl yang dia pilih dari dulu dan gurl itu yang dia sayang.. bagi peluang supaya dia belajar dari kesalahan.. daniel dah banyak korban untuk liyana tapi daniel cakap selagi mampu dia sanggup setia asal liyana happy.. dan kalau nak curang lagi cakap saja jangan tikam belakang lagi kerana daniel rela lepaskan alau itu piihan liyana.. dan sejak kejadian tu liyana menyesal dan menangis dan merayu jangan tinggalkaan dia dia baru sedar betapa liyana sayang kat daniel sedangkan daniel dari dulu dah cakap dan ingatkan jangan salah menilai antara kaca dan permata.. dan baru nak menyesal tapi daniel taknak lah jadi dayus asyik memaafkan jadi daniel pun bagi la hukuman dengan sakitkan hati liyana bila call jew cakap happy tiba-tiba nak putus supaya gurl tu nangis dan menyesal dan daniel bukan nak putus tapi bagi sakit kan hati dan jiwa lagi pedih dari lakukan melalui perbuatan bak kata orang lidah adalah paling tajam dalam dunia..

sejak liyana masuk universiti life liyana dah banyak berubah dan daniel jumpa parents liyana dan parents liyana happy sangat sebab anak diaorang dapat masuk universiti dan diaorang hargai pengorbanan yang daniel buatkan untuk liyana.. dan diaorang mulakan life baru dengan harapan kekal.. semoga daniel dan liyana kekal ke jinjang pelamin supaya daniel rasakan pengorbanan dia dibalas sampai ke anak cucu.. haha.. dan semoga liyana berubah dan jadi insan yang lebih baik, pandai menilai kaca dan permata supaya kalau diaorang tak ada jodoh pun liyana akan jadi lebih baik untuk orang lain..

Saturday, May 28, 2011

BAJU CINTA NENEK

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

Thursday, May 19, 2011

Sinopsis Drama Nora Elena


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Saturday, May 14, 2011

:(

hai semua.. aku rasa dah lama tak update blog aku ini.. maklumlah sibuk mencari kerja dan di samping itu buat kerja separuh masa dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.. di sebabkan kesibukkan sampai tak ada masa untuk update blog kesayangan aku ini.. dalam beberapa bulan ini banyak perkara yang berlaku pada diri aku ini.. kowang nak tahu tak pada zaman serba modan ini memang susah untuk mendapat perkerjaan yang tetap.. nak-nak "Orang Kelainan Upaya" macam aku ini.. kebanyakkan aku pergi temuduga dowang seperti tidak ada keyakinan untuk mengambil aku berkerja dengan syarikat dowang.. aku tahu sebab apa dowang tak nak ambik aku berkerja sebab takut aku ini tidak boleh melakukan tugas yang dowang berikan pada aku nanti.. dowang tak ambik aku kerja lagi dah buat andaian sendiri.. tak cuba ambik aku lagi macam mana aku nak tunjukkan kebolehan aku kan.. lain lah kalau dowang dah ambik aku kerja, pastu aku tak boleh buat apa yang telah di tugaskan pada aku tu, aku tak leh buat.. baru buat andaian tentang diri aku ini.. tapi takpe lah, aku tetap akan berusaha untuk berjaya dan buktikan pada semua owang aku pun boleh berjaya serupa macam owang lain.. aku tak leh lemah nanti owang akan tindas aku.. biar owang nak buat andaian tentang kekurangan diri aku, yang penting dowang tak usik aku dah lah.. huhu..

Wednesday, March 23, 2011

Bila Kedai Kecik Berlagak Macam Lowyat

Duduk kat kampung seriusly nak dapatkan internet agak sukar. Unlucky pada aku sebab tak ingat atau tak tau la tercicir kat mane extension usb aku tu yang mana aku gunakan untuk browse internet pakai modem broadband. Berokbeng ni dah biasa lah kan dengan korang dengan kekurangan coverage mereka. Disebabkan itu la aku terpaksa cari extension usb sebab nak dapat kan internet aku perlu letak broadband aku kat penjuru atas tingkap, kalau tak tak dapat la. Satu petang baru-baru ni aku cari la kedai komputer dekat Kuala Kangsar ni. Pekan daerah macam ni kedai cc je yang banyak, kalau nak cari kedai komputer memang susah. Haaa alamatnya aku hanya terjumpa kedai Charisma Technology yang konon dan kebetulannya banyak membuka cawangan selain cc dan kedai komputer (kedai paling cekik darah pernah aku pergi).




Aku pun nak cari dvd (kompem ade jual, dvd cap ayam jual rm2 lol!) dan extension usb kat situ. Lepas tu tengok minah 2 orang ni duk layan mamat tua yang agak gatai ni (berumur), so aku rileks-rileks la dulu ingatkan dia tanya pasal pc ke ape. Setelah aku dengar sedikit perbualan mereka ternyata sembang pasal lain dan terserlah kegatalan orang tua tu dan minah-minah ni murahan kot layan je dia. Aku pun tanya la bahasa kan diri minah tu kak. “Kak extension usb ada tak? alah benda nak sambungkan usb kita supaya lagi panjang”. Akak tu jawap, em cer abang tengok-tengok kat dalam tu. Bukan aku punya kedai dia suruh aku yang cari. Aku cakap takde. Lepas tu dia cakap, “cuba cari dalam ni, kami baru renovate so tak tau la mana letak, cuba la tengok-tengok dalam tu”. Eh wah minah ni macam la aku kerja tempat dia, pastu bagi almari selerak giler suruh aku cari. WTF!
Aku dengan rasa marah dan perlinya aku tanya. “Lama dah ke kerja sini? Dia jawab lama dah”. Aku tanya lagi, “Kak ingat saya kerja sini ke renovate kedai akak ni nak suruh saya cari? Kalau tak de barang cakap je takde, jangan buat saya macam kuli, saya customer akak patut layan saya bebetol bukan buat sombong sebuk nak makan letak mee atas kaunter kata sebok nak makan!” kata aku dengan geram. Last aku tanya lagi,”kat sini ada kedai komputer lain tak? Entah tak tau ni jerla kot”. Agak-agakla nak menipu kalau nak kasi kedai laris pun banyak lagi cc ke apa cuma nak tau kedai apa diorang recommend. Bukan nak kata apa kalau kedai cina bila barang diorang takde, diorang recommmend kedai kawan-kawan bukan nak bolot sorang je. Hadoi!!! Lepas tu terus aku bayar duit dvd kosong yang mahal dan blah dengan hati yang bengkek.
Kedai kecik serabut tak tersusun, pekerja plak banyak ngulor nak perasan macam Lowyat. Lowyat ampun lagi sebab barang semua ada dan customer ramai, jadi tak menang tangan nak layan customer.

Friday, February 18, 2011

Anak Angkat

Sungguhpun bukan daripada zuriat sendiri, berkat keikhlasan dan naluri kemanusiaan, si bujang ini sanggup berkorban masa bebasnya bersama teman demi menjaga anak kecil yang diambilnya. Bagi masyarakat Barat trend memelihara anak angkat sudah menjadi perkara biasa terutama
buat golongan yang memilih untuk tidak berkahwin. Namun di Malaysia, fenomena sebegini dianggap masih baru dan pernah hangat diperkatakan kerana kurang sesuai untuk dilakukan terutama oleh masyarakat Islam.

Namun isu memelihara anak angkat ketika masih bujang mendapat pelbagai pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Isu minggu ini ingin mengupas tentang perkara ini dari pelbagai sudut. Ikuti tinjauan dari MW.

Tidak sesuai dengan fitrah kehidupan

Menurut Haji Hushim Salleh, Perunding motivasi dan kaunseling keluarga semakin ramai golongan bujang memelihara anak angkat malah seakan menjadi trend di kalangan mereka. Katanya amalan ini mungkin berlaku sebagai jalan penyelesaian untuk mereka yang tidak mahu mendirikan rumah tangga. Mungkin atas sebab tidak sanggup melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam alam berumah tangga.

“Jadi dengan cara mengambil anak angkat, ia sebagai jalan keluar untuk memiliki anak walau pun bukan dari darah daging mereka sendiri. Kalau di barat amalan sebegini mungkin sudah menjadi perkara biasa tetapi tidak dalam masyarakat kita. “Dari segi fitrahnya ia kurang sesuai kerana sepatutnya dalam sesebuah keluarga, perlu ada seorang ibu dan seorang bapa.

Jika pasangan kelamin yang tidak mempunyai zuriat mengambil anak angkat tidak menjadi masalah tetapi masalah akan timbul bila golongan bujang yang memelihara anak angkat. Terutama permasalahan dari segi emosi dan juga psikologi apabila anak-anak angkat yang dipelihara itu meningkat dewasa.

“Memang kalau diikutkan tidak salah jika orang bujang memelihara anak angkat asalkan mereka berkemampuan dan bersedia memikul tanggungjawab. Apa yang dibimbangkan ialah apabila anak-anak ini meningkat remaja dan sudah akil baligh, akan berlaku pelbagai konflik termasuk konflik dari segi personality diri. “Dari segi aurat juga perlu diambil kira kerana anak angkat tidak seperti anak sendiri. Ada batas aurat dan pergaulan perlu dijaga. Maka sebab itulah amat penting didikan agama diberikan secukupnya kepada anakanak ini bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak diingini.”

Jangan bezakan kasih sayang

Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe, Kaunselor berdaftar/pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya pula secara amnya tidak salah golongan bujang memelihara anak angkat jika sudah bersedia untuk memberi komitmen kepada anak-anak angkat yang dipelihara. “Sebagai keluarga angkat adalah wajar untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak angkat ini seperti anak sendiri walau pun hakikatnya mereka masih belum mendirikan rumah tangga.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa memelihara anak angkat tidak sama dengan memelihara anak sendiri iaitu dari segi kasih sayang memandangkan mereka tidak melalui sendiri proses mengandung dan melahirkan anak itu. “Satu lagi perkara ialah, golongan bujang ini juga perlu sedar tentang pandangan masyarakat kerana tindakan ini dianggap kurang sesuai apabila seseorang yang belum berkahwin memelihara anak angkat. Keadaan ini sudah pasti meninggalkan kesan dari segi psikologi ke atas ibu atau bapa angkat serta kepada anak angkat itu sendiri.

“Nasihat saya kepada golongan bujang yang telah mengambil anak angkat, layanilah anak-anak ini dengan baik dan berikan kasih sayang yang secukupnya dan jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka akan hidup berkeluarga serta memiliki zuriat sendiri, janganlah dibeza-bezakan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat tersebut.

“Kepada mereka yang baru berhajat hendak mengambil anak angkat pula, jika niat anda ikhlas dan anda benar-benar bersedia, tidak ada salahnya anda memelihara anak angkat asalkan melalui saluran yang betul.”

Tuesday, February 15, 2011

Ku ingin kau tahu!!!

Ku ingin kau tahu bahawa selama bercinta dan menaruh perasaan terhadap mu ku sering dan bayangkan sayang mu dan ku seperti bintang yang tidak terkira di angkasa dan ku sering melihat bulan dan membayangkan wajah mu.. Dirimu dan diriku umpama awan yang kadang cerah bila kita gembira dan mula mendung bila kita muram atau masam muka.. Namun disebalik awan itu tersembunyinya matahari yang bersinar umpama cinta dan kasih sayang kita dan bila kita mula sedih dan menangis mula lah hujan turun dan kemudian terbitlah pelangi yang umpama memori kita yang penuh warna warni.. Tapi pelangi itu juga umpama jabatan yang menghubungkan awan.. Jadi ku berharap sangat pelangi akan muncul menyatukan kita buat selama-selamanya.. FOR YOU SYGS..! I WILL LOVE YOU..! Miss ZY ^-^

Akim - Inilah Cinta

Wednesday, February 9, 2011

Awak Kena Paham..!

Awak kena faham.. Sebab apa?? Awak kena faham.. Kenapa saya cemburu tengok awak bahagia bila dengan orang.. Sebab saya sayangkan awak.. Saya tak nak hati awak berubah terhadap saya.. Cemburukan tandanya sayang?? Awak kena faham.. Kenapa kadang-kadang saya merajuk.. Sebab saya nak kan perhatian dari awak.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu call atau mesej kat awak.. Sebab masa tuh saya rindukan awak.. awak jew yang tak rindukan saya.. Mungkin awak rimas dengan sikap saya.. Tapi saya lakukan untuk awak jugak.. Awak kena paham.. Kenapa kadang-kadang saya marah awak.. Sebab saya nak yang terbaik untuk awak.. Saya tak nak awak tersilap langkah dan kemudian menyesal.. Kalau boleh saya nak terbaik untuk awak, biarlah saya yang bersusah payah.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu buat pengorbanan untuk awak walaupun hati saya yang terluka.. Sebab saya nak hidup selamanya dengan awak.. Tapi saya tahu semua ini tak akan berlaku.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan dari awak.. Sebab awak kan tulang belakang saya?? Awak kena paham.. Sebab apa saya selalu ucapkan terima kasih dekat awak.. Sebab saya nak awak tahu yang saya menghargai apa yang awak buat untuk saya.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu balas mesej awak lambat.. Sebab saya tak macam lelaki yang normal.. Tapi saya sedaya upaya balas mesej awak secepat mungkin.. Sebab tak nak buat awak tertunggu-tunggu.. Awak kena paham.. Kenapa saya suka sangat mengadu dengan awak.. Sebab awak lah segalanya untuk saya.. Saya nak awak jew yang tahu.. Awak kena paham.. Kenapa saya selalu rahsiakan sesuatu dari awak.. Sebab saya tak nak awak susah hati.. Awak kena paham.. Kenapa saya pergi tanpa memberitahu awak.. Sebab mungkin bukan jodoh kita.. Awak pun selalu cakap pada saya kalau jodoh tak kemana..